Jun 1, 2017

Rafizi Kena Saman Fitnah Lagi!

LTAT akan saman Rafizi atas tuduhan jahatnya yang mengatakan LTAT tidak mempunyai wang untuk membayar ganjaran kepada pesara tentera.

Pada Mac 2016, Rafizi telah menggunakan dokumen yang masih di bawah OSA untuk menyokong pertuduhannya yang mana beliau mendakwa bahawa 1MDB mempunyai hubungan niaga bersama LTAT sehinggakan mengakibatkan 110 pesara tentera tidak mendapat ganjaran mereka tepat pada masanya.

1MDB telah mempunyai hubungan niaga bersama LTAT secara terang-terangan sejak tahun 2010 apabila 1MDB menganugerahkan LTAT kontrak bernilai RM2.1 bilion untuk membina lapan pengkalan tentera di seluruh negara beserta kos untuk memindahkan pengkalan udara Sungai Besi ke Sendayan.

LTAT telah menjelaskan bahawa 70 daripada 110 pesara tersebut telah dibayar manakala selebihnya tertangguh akibat maklumat tidak lengkap yang diberikan oleh pesara berkenaan.


Kini, Rafizi telah melanggar undang-undang OSA secara sia-sia kerana dakwaan beliau mengenai hubungan niaga 1MDB dengan LTAT adalah pengetahuan umum.

Tambahan lagi, LTAT akan menyaman beliau!


No comments: