Dec 30, 2013

#TolakFitnah : Anak Rosmah Beli Apartment RM110 Juta Jadi Modal Fitnah Pembangkang!


Disebabkan beliau anak kepada Rosmah Mansur, maka hak beliau terhadap titik peluh beliau dinafikan. Oleh kerana beliau anak kepada Rosmah Mansur, maka difitnahkan beliau ini menggunakan duit rakyat untuk membeli harta. Oleh kerana beliau anak Rosmah Mansur, maka beliau tidak layak untuk menikmati apa yang diusahakannya selama ini.

Sampaikan Tian Chua minta untuk SPRM menyiasat pembelian ini. Riza Aziz ini pemilik syarikat produksi Hollywood, setakat rumah RM110 Juta ini berada pada kemampuan beliau.

Sejak bila kekayaan orang lain menjadi hasad dengki rakyat Malaysia yang beragama Islam?

Bukankah dahulu individu yang berjaya seperti ini diangkat sebagai idola ataupun sumber inspirasi agar orang lain boleh berjaya seperti beliau?

Dengan hasutan jahat daripada Pakatan Haram Pembangkang, hati rakyat diapi-apikan dengan perasaan dengki dan tidak berpuas hati dengan kesenangan orang lain.

Syukur sudah tidak ada pada nafas umat Melayu.


No comments: