Dec 5, 2013

#PAU2013 : Mampukah @KhairyKj Memimpin Pemuda Menuju Ke PRU 14?

BAGUSLAH semua sayap semalam bercakap pasal cabaran parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Cuma, perkara pertama perlu dilakukan adalah kena satukan kepemimpinan semua peringkat sebaik sahaja masing-masing dalam dewan keluar kembali ke tempat masing-masing.

Ini penting kerana akibat tempias pemilihan parti tempoh hari, ada ketua bahagian baharu tidak disenangi yang lama. Ada Yang Berhormat dahulu tidak disukai yang baharu. Sabotaj dalam parti tidak kira peringkat.

Kerana itu setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri kena ikhlas dalam perjuangan. Bukan setakat berjumpa, berseminar dan bersidang bukan main hebat lagi tetapi apabila tiba bab kerja, semua nak jadi tauke, bukan kuli.


Jangan kita di atas ini sekadar merancang. Cabaran PRU-14 yang dijadual berlangsung pada 2017/2018 cukup getir terutama di lapangan atau akar umbi. Kalau setakat berdegar-degar rancang atas kertas dan malangnya kuli yang buat kerja, alamat habislah parti.

Perlu diingat, setiap tahun kira-kira 500,000 orang yang melepasi usia 21 tahun layak mendaftar diri sebagai pengundi. Walaupun tahun ini, 2014 dan 2015 agak perlahan minat berbuat demikian, pergerakan mendaftar pengundi akan kembali memuncak sama seperti dua tahun menjelang PRU-13 lalu yang mencecah 1.5 juta orang. Dari segi aktiviti atau program, parti kena pastikan jangan berkonsepkan hiburan semata-mata. Itu semua boleh diperoleh anak muda di televisyen. Sebaliknya, perbanyakkanlah aktiviti keagamaan.

Dan khabarnya di Selangor, Pas sudah pun memperbanyakkan aktiviti di masjid untuk penyebaran ilmu selain menyebar pengaruhnya. Harap jangan kerajaan bagi duit bina masjid, besarkan surau, aktivitinya pula digerakkan orang luar parti - orang pembangkang.

Cabaran besar tergalas di tangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Kurangkan aktiviti 'bunga api'. Jengok dan carilah sekolah pondok di hujung kampung sana. Jadikan pondok angkat.

Buat program kenduri, tahlil, berterusan sehingga tahun-tahun mendatang.

Jangan jadi tauke. Jadilah kuli 'gurkha' buat kerja parti.

No comments: