Dec 25, 2013

#Nasional : Kerjasama UMNO-PAS Hanyalah Mitos Pemilihan Parti


Ke mana perginya desas-desus yang UMNO hendak bekerjasama dengan PAS. Haji Hadi sudah pun menawarkan perbincangan ke arah tersebut. Namun semuanya DIAM dan sunyi apabila selesai pemilihan parti masing-masing.

Kedua-dua parti nampak seperti tidak serius dalam memperjuangkan nasib orang Melayu Islam. Masing-masing hendak mencari alasan untuk menghentam sesama sendiri sekali lagi.

Perperangan antara kedua-dua parti orang-orang tua ini tidak akan selesai sampailah orang-orang tua ini belajar untuk bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.

Pada masa yang sama, DAP terus-menerus memperkemaskan cengkaman kuku chauvinisnya ke dalam mentaliti rakyat berbangsa Cina. Tidak ada sesiapa pun peduli akan apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam di negara kita ini.

Pembangkang terutamanya PAS lihat masa ini adalah yang paling sesuai untuk menjatuhkan UMNO kerana satu per satu pengumuman harga barangan naik. Esok-esok tak tahu pula apa nak naik.

Yang UMNO pula dok sibuk tembak PAS tentang isu Syiah. Dok tuduh jer tak guna gak. Persepsi rakyat kata yang UMNO ni sekadar tuduh semberono sahaja!

Semua terlupa. Terlupa tentang DAP.


DAP pilihan Cina. Cina kuasai ekonomi. DAP cakap kat Cina naikkan harga. DAP cakap kat pentas politik, harga naik sebab BN. Rakyat percaya DAP. Rakyat undi DAP. DAP berkuasa. Cina berkuasa. Harga tetap naik. Melayu hilang tah ke mana, Islam pun tergadai dek kerana orang-orang tua bertengkar.

No comments: