Dec 11, 2013

#Nasional : Honda Accord Sila Ke Tepi, Proton Perdana Baru Pilihan Untuk Kegunaan Kerajaan.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri Kabinet.

Tak kisahlah orang nak kata ini sebenarnya Honda Accord yang telah dijenamakan sebagai Perdana Baharu kerana Honda dan Proton di bawah DRB Hicom. Yang penting apabila gambar Perdana Menteri dan menteri-menteri diambil yang terpampang di dada akhbar tempatan atpun luar negara adalah logo Proton itu sendiri.

Malah, duta asing juga akan dijemput menggunakan jenama Proton juga. Bukankah satu kebanggaan apabila Proton itu dipasarkan sedemikian. 

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.

No comments: