Dec 3, 2013

#MahasiswaNasional : Mahasiswa Dalam Negara Diberi Penghormatan Untuk #PAU2013



Setelah sekian lama mahasiswa tempatan dalam negara didiamkan oleh UMNO, namun pada Persidangan Mahasiswa Nasional 2013, mahasiswa tempatan dalam negara kini diberi penghormatan untuk berucap di atas pentas UMNO.

Penghormatan kepada mahasiswa ini adalah kerana usaha yang dijalankan oleh Dato' Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO yang mahu membuka satu lembaran baru dalam menyediakan lapisan kepimpinan baru untuk parti. Sebelum ini, peluang sebegini hanyalah diberikan kepada mahasiswa luar negara sahaja.

Sudah tiba masanya untuk UMNO meraikan mahasiswa tempatan dalam negara kerana merekalah yang dekat dan merasai suasana politik negara. Mereka jugalah yang menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang berlaku kepada negara apabila rusuhan BERSIH berlaku. Mereka jugalah yang menyaksikan sahabat mereka yang bertindak di luar batasan yang menghina negara, agama dan bangsa. Mereka jugalah yang merasai kempen PRU-13, turun mengundi di kampung halaman masing-masing. Pengalaman yang mendekatkan mereka dengan jiwa dan perasaan rakyat ini mewajarkan mereka untuk berbicara tentang agama, bangsa dan negara.

Mahasiswa tempatan di dalam negara ini jika tidak lebih, mereka semestinya setanding dengan mahasiswa luar negara.



Mahasiswa tempatan di dalam negara kini berpeluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti tahunan parti tertua dan terbesar di negara kita. UMNO juga telah mengorak satu lagi langkah apabila melibatkan mahasiswa secara profesional dan intelektual dan bukannya seperti parti pembangkang yang mempergunakan mahasiswa hanya untuk berdemonstrasi, memalukan negara dan menghina intelektualiti yang sepatutnya menjadi kebanggaan sebagai seorang mahasiswa. UMNO sahajalah satu-satunya parti ketika ini yang melibatkan mahasiswa tempatan dalam negara di dalam persidangan mereka.

Sekiranya mahasiswa yang dahulunya mencemuh UMNO kerana tidak memberikan kebebasan berpolitik kepada mereka, kini peluang itu sudahpun diberikan Maka atas dasar itu, PRO-M yang mewakili mahasiswa pro parti pembangkang kini tidak mempunyai sebab untuk menentang universiti serta tidak lagi boleh untuk membawa sepanduk Anti-Auku, hak kebebasan bersuara dan sebagainya. Nyata PRO-M tidak lagi releven dengan perubahan yang dilakukan oleh UMNO.

Mahasiswa PRO-M ternyata tidak mendiamkan diri sahaja. Ada sahaja alasan lain yang mereka cari untuk menentang kepimpinan negara dan universiti walaupun desakan mereka telah pun dipenuhi. Ternyata sebenarnya mahasiswa PRO-M ini hanyalah boneka sahaja yang digerak-gerakkan oleh Parti Pembangkang. Kebebasan suara mereka perjuangkan namun mereka sebenarnya tidak mempunyai kebebasan intelektual. Kebebasan tersebut hanyalah ilusi sahaja yang diberikan kepada mereka.

Tiga wakil mahasiswa daripada persidangan tersebut telah dipilih dan bakal berucap di persidangan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO yang bakal dilangsungkan serentak pada esok hari. Bukan setakat itu sahaja, terdapat 36 usul yang telah dipersetujui oleh kepimpinan parti dan bakal di bawa ke persidangan esok. 


No comments: