Dec 11, 2013

#AwasBanjir : Informasi TERKINI Tentang Gelombang Ke-2 Bencana Banjir Di Malaysia

Gambar Satelit
PENAMATAN AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA), 4:58am 11/12/13

SEKSYEN A

Dikeluarkan pada : 4:58 am pada 11 Disember 2013

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikeluarkan untuk Negeri Kelantan dan Terengganu kini ditamatkan.

SEKSYEN B

NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikeluarkan pada : 12:17 pm pada 10 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) mulai Rabu, 11 Disember 2013 sehingga Khamis, 12 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Kod Warna Untuk Bencana Banjir

Kadar Paras Sungai Di Terengganu Muka 1

Kadar Paras Sungai Di Terengganu Muka 2

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM

I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Isnin, 16 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pahang & Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu, 11 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN


I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Isnin, 16 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 16 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

a) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North dijangka berterusan sehingga sebelum lewat petang, Rabu, 11 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang sehingga 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

b) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri), Phuket & Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu, 11 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

No comments: