Nov 27, 2013

#UMisOne: Berjayakah @PenggerakUM Kuasai Universiti Malaya?


Pilihanraya Kampus pada kali ini sudah beralih angin apabila Penggerak UM dilihat jauh lebih aktif dan lebih bersedia berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Pro-M kali ini dilihat lesu dan tidak bermaya. Isu yang cuba dicetuskan tidak berjaya untuk mendapat perhatian umum. Malah terdapat sebahagian besar Mahasiswa UM tidak kenal langsung akan calon-calon daripada Pro-M. Walaupun terdapat dana daripada luar yang membiayai kempen Pro-M, namun penetrasi tidaklah menyeluruh. Sekadar menyentuh permukaan sahaja dan tidak sampai ke akar umbi.


Jika dibandingkan dengan semangat yang ditunjukkan oleh Penggerak UM, jauh meninggalkan Pro-M ke hadapan. Ini mungkin juga kerana Penggerak UM kali ini terdiri daripada mereka yang benar-benar ingin berjuang untuk kepentingan mahasiswa UM dan bukannya kerana berpaksikan parti politik luar.

Mahasiswa daripada Pro-M pula berjuang bukanlah kerana mahasiswa UM tetapi sebagai proksi kepada parti pembangkang. Kunjungan daripada pihak PAS menguatkan lagi dakwaan ini dan Pro-M dikatakan menerima dana pilihanraya daripada parti tersebut.




Pro-M dikatakan menjadi terdesak apabila menggunakan taktik parti pembangkang apabila mengedarkan air minuman dan coklat yang dibalut dengan gambar calon mereka. Sama seperti apa yang PAS pernah lakukan semasa pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Bukankah ini yang pernah mereka katakan sebagai rasuah? Jika ini yang dilakukan oleh pihak mereka, dikatakan halal tetapi apabila dilakukan oleh pihak yang bertentangan dikatakan haram.

Walau apa yang berlaku, Penggerak UM dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menerajui saf kepimpinan Universiti Malaya.

No comments: