Nov 18, 2013

#Hudud : Tangguh Dahulu! PAS kata Kelantan Belum Bersedia.



Impian rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud yang  telah dijanjikan sejak tahun 1990 terpaksa ditangguhkan lagi kerana Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.

Ini berikutan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan.

Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011 belum pernah mengadakan sebarang mesyuarat kecuali beberapa pertemuan biasa di antara ahlinya sebanyak empat kali.

"Saya kena jelaskan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan (Datuk Daud Muhammad) itu bahawa bersedia itu daripada segi infrastruktur maknanya bangunan sudah ada cuma apa yang perlu ditambah adalah jumlah hakim dan kita perlu mewujudkan satu mahkamah khas untuk melaksanakan hudud.

"Sebab itu kita ada bajet RM1 juta untuk infrastruktur, cuma kena bagi masa sikitlah kepada kita, benda ini tidak boleh buat dengan tergesa-gesa, kita nak tengok daripada segi perundangan dan sebagainya, kita tidak mahu kita buat ini bertembung dengan banyak halangan, kita cuba melakukannya sebaik yang boleh," katanya


No comments: