Nov 23, 2013

#MuktamarPAS : PAS Akan Keluar Pakatan Sekiranya Ulama Menguasai Kepimpinan Tertinggi Parti



Muktamar PAS ke-59 pada kali ini menyaksikan pertempuran yang hebat antara golongan Ulama' dan juga golongan Erdogan (Profesional). Walaupun pada permukaannya pertempuran itu tidak kelihatan tetapi arus di dasar bergolak dengan begitu hebat.

Harun Taib telah mula diserang oleh cybertroopers Erdogan yang diketuai oleh Tulang Besi yang merupakan askar upahan Khalid Samad. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan antaranya kehadiran Harun Taib di dalam Jawatankuasa Tertinggi PAS bagi penggal yang sudah menyaksikan kehilangan negeri Kedah dan juga Perak. Harun Taib juga telah dituduh secara sinis sebagai bekerjasama dengan UMNO.

Lebih mengejutkan apabila usul untuk mengekalkan golongan Ulama secara teknikal di dalam kepimpinan PAS telah ditolak oleh Sayap Pemuda PAS sendiri. Kononnya bukan kerana menolak golongan Ulama tetapi untuk memilih secara demokrasi. Sayap Pemuda PAS sendiri telah terikut-ikut dengan budaya demokrasi ciptaan Yahudi.

Tidak dinafikan bahawa Golongan Erdogan yang dikepalai oleh Husam Musa mempunyai kelebihan kewangan yang berlipat-lipat kali ganda lebih daripada Golongan Ulama. Itupun tidak dicampurkan lagi dengan dana yang diterima daripada PKR dan DAP untuk terus mengekalkan status quo Ulama-Erdogan di dalam PAS.


Golongan Ulama pula yang dikepalai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pula tidak mempunyai akses kewangan yang setanding. Kempen yang dilaksanakan oleh Golongan Erdogan tidak mampu disaingi oleh Tuan Ibrahim dan rakan-rakannya. Walaupun Husam menarik diri namun, Mat Sabu dan Mahfuz Omar masih berada pada lingkungan Jawatankuasa Tertinggi parti.

Apa yang membimbangkan golongan Erdogan ini adalah perancangan Golongan Ulama PAS untuk menarik PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Dipersetujui bahawa pakatan yang ditubuhkan atas maksud dan semangat tahalluf siyasi itu hanyalah dipenuhi dan dihormati oleh PAS sahaja dan bukannya rakan parti yang lain.

PAS tidak mampu untuk menyuarakan hasrat dan permintaan malah terpaksa tunduk dan akur kepada desakan-desakan terutamanya daripada DAP. Karpal Singh yang secara jelas meminta untuk mengharamkan PAS atas dasar parti spesifik untuk kaum/agama pula tidak pernah dikritik oleh mana-mana pemimpin PAS aliran Erdogan. Malah Presiden parti juga turut membatukan diri semasa ucapan dasar beliau pada majlis pelancaran. Yang bersuara di dalam kes ini hanyalah Golongan Ulama sahaja.

Satu perkara yang pasti, sekiranya Golongan Ulama menguasai parti untuk Muktamar kali ini, peluang untuk maruah Islam dan Melayu bakal dapat dipulihkan kembali. Dengan syarat, golongan Ulama tidak tunduk kepada wang ringgit dan pujuk rayu Anwar Ibrahim dan mengambil keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat. Dengan cara ini, pengundi yang pada PRU-13 mengundi UMNO ataupun tidak keluar mengundi akan kembali kepada PAS. 

No comments: