Nov 29, 2013

#MahasiswaNasional : Lembaran Baru Dalam Meraikan Intelektual Mahasiswa @RazaliIbrahim @TunFaisal @ShaberyC


Persidangan Mahasiswa Nasional anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO bakal mencatatkan satu sejarah baharu apabila memperkenalkan format persidangan ala parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Razali Ibrahim turut menyatakan bahawa format ini dipilih untuk menjadikan persidangan ini lebih interaktif dan dapat menjana pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

Persidangan ini memerlukan peserta untuk membahaskan 4 usul yang terdiri daripada politik, agama, ekonomi dan pendidikan.


Ini adalah satu peluang keemasan yang sepatutnya digunakan oleh Mahasiswa yang terpilih dalam mematangkan fikiran dan meluaskan pandangan dalam dunia politik semasa. Parti UMNO kini kelihatan lebih terbuka dalam menyediakan satu platform yang mendekatkan golongan intelektual kepada parti.

Selain itu, pesidangan ini juga mampu untuk menyediakan lapisan baharu pemikir-pemikir parti yang mendapat pendidikan tinggi bukan sahaja dari IPT luar negara sajaha malahan dari IPT tempatan juga.

Hasil persidangan 1 Disember ini bakal dibawa sebagai usul ke Persidangan Agung UMNO 2013 yang bakal diadakan di PWTC 2 Disember sehingga 7 Disember kelak. Bukan setakat itu sahaja, tetapi 3 orang peserta bakal dipilih untuk diketengahkan semasa persidangan sayap kelak.

Persidangan ini juga diharapkan dapat memupuk semangat mahasiswa dalam mempertahankan Alif, Ba dan Tha. Gunakalah hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.

Anda boleh ikuti perkembangan Persidangan ini melalui akaun twitter @MsiswaNasional ataupun melalui Facebook Page di Persidangan Mahasiswa Nasional.

No comments: