Aug 7, 2013

#MalaysiaSexTrade : Pelacur Berusia 13 Tahun Diselamatkan Bapanya di Melaka. @ShaberyC @KhairyKJ @NajibRazak



1. Satu kes yang agak memeranjatkan berlaku semalam adalah kes di mana seorang bapa berjaya menyelamatkan anaknya daripada dilacur oleh dua orang lelaki di Melaka.

2. Bapanya telah menerima panggilan telefon dari tuan rumah yang memaklumkan kepadanya tentang 2 orang lelaki yang membawa seorang lelaki lain ke dalam rumah di mana kanak-kanak tersebut berada.

3. Bapa tersebut telah menyerbu rumah tersebut tetapi dihalang oleh 2 orang lelaki tersebut. Jeritan beliau telah berjaya menarik perhatian jiran-jiran berhampiran untuk datang membantu.

4. Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan bapanya itu dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan.

5. Kes ini menjadi lebih memeranjatkan apabila fakta disebalik kes ini diselidik dan dikaji.


6. Kanak-kanak berumur 13 tahun tersebut mempunyai seorang teman lelaki berumur 26 tahun yang kerap kali mengadakan hubungan seks dengan bayaran RM 20 satu sesi.

7. Kanak-kanak ini juga terlibat dengan penggunaan dadah bersama teman lelakinya dan dipercayai terlibat dengan kumpulan pengedar dadah di Melaka.

8. Teman lelakinya itu pula telah menggunakan Facebook kanak-kanak tersebut untuk mencari pelanggan.

9. Setakat ini dilaporkan bahawa teman lelaki yang berusia 26 tahun tersebut telah melacurkan kanak-kanak itu kepada 9 orang lelaki.

10. Polis berjaya menahan salah seorang daripada 9 pelanggan tersebut dan masih memburu 8 orang yang lain dan juga teman lelaki kanak-kanak tersebut.

11. Kanak-kanak tersebut merupakan salah seorang daripada 4 beradik dikatakan oleh bapanya seorang yang cemerlang di dalam pembelajaran, aktif bersukan dan persatuan. Kanak-kanak tersebut juga berjaya mendapat keputusan 3A di dalam UPSRnya tahun lepas.

11a. Setakat ini, 6 orang kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah telah ditahan oleh Bahagian Anti-Narkotik Melaka yang juga terlibat dengan pelacuran dengan bayaran hanya RM 20 sahaja untuk mendapatkan dadah. 

12. Persoalan yang timbul di sini adalah bagaimana seorang kanak-kanak berumur 13 dan 14 tahun ke bawah boleh dibiarkan tanpa pengawasan sehinggakan menjadi mangsa pelacuran.

13. Kegiatan Facebook, Twitter, dan platform media sosial yang lain harus dipantau dengan baik. Ibu bapa juga harus bertanggung jawab dalam mengawal kegiatan anak-anaknya.

14. Di sini saya mahu menekankan peranan SKMM dalam menyaring maklumat di dalam media maya. DS Shabery Chik juga harus mengambil langkah dan inisiatif baru untuk menangani masalah ini.

15. Pendekatan 'Blue Ocean Strategy' harus dilakukan dengan bekerjasama dengan KDN dan juga PDRM bagi mengesan, mengawal dan menghapuskan kegiatan seperti ini. Mungkin juga penglibatan Kementerian Belia dan Sukan juga boleh membantu dalam mengesan kes sebegini.

16. Ini cuma 7 orang kanak-kanak yang berjaya dikesan. Adakah teman lelaki kanak-kanak tersebut terlibat dengan sindeket yang melibatkan beratus-ratus kanak-kanak yang lain? 

17. Dunia hari ini semakin hari kelihatan semakin tidak selamat untuk membesarkan anak-anak kita.

18. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara! 

Info: Star

2 comments:

singhamiyer said...

the blame goes on her parents!

Salah Ad-din said...

Hard to say, but then again, how the heck a 13 year old child can get a 26 year old boyfriend. Something is not quite right in the equation though. But prostitution through social media platforms should somehow be monitored by the SKMM. I personally felt their existance is somewhat like a scarecrow only there to scare but no action coming through