Apr 28, 2013

#TolakPR : Bila Kakitangan Kerajaan Dipanggil 'Kera Jagaan'. #GE13


1. Calon P160, Johor Bharu telah bersikap melampau di dalam ceramah beliau apabila menggelarkan kakitangan kerajaan sebagai 'Kera Jagaan'.

2. Lupakah beliau bahawa guru yang mengajarnya di sekolah dahulu juga 'kera jagaan', yang mengajar anaknya di sekolah kini pun 'kera jagaan', malah uztadz yang mengajarnya ilmu agama juga adalah 'kera jagaan'.

3. Sekiranya beginilah sikap seorang calon yang bakal menjadi wakil kepada 'kera jagaan' ini, memang patut beliau ditolak sekeras-kerasnya.

4. Parti yang beliau bawa juga harus dipertanggung jawabkan ke atas dakwaan yang menghina hampir 1.4 juta kakitangan 'kera jagaan' ini.

5. Sepatutnya, calon ini harus mengambil iktibar daripada kata-kata yang selalu saya ucapkan.

6. 'Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara'

No comments: