Apr 6, 2013

[Eksklusif] Ahli PKR Laporkan Penyelewengan TS @Khalid_Ibrahim Ke SPRM

1. Semalam pada jam 12.00 tengahari, ahli PKR daripada Cabang Kuala Selangor telah membuat satu laporan terhadap Ketua Cabang Kuala Selangor, TS Khalid Ibrahim yang telah salah guna kuasa dan melenyapkan sejumlah wang daripada akaun cabang tersebut.

2. Airos Shahidin, ahli PKR bersama 16 orang ahli PKR yang lain telah membuat laporan tersebut di SPRM Putrajaya.

3. Beliau juga mendakwa bahawa ini adalah 1 daripada 5 siri laporan yang bakal dibuat terhadap TS Khalid Ibrahim.


4. Airos yang juga Timbalan Presiden Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) Malaysia juga melahirkan rasa tersinggung beliau apabila TS Khalid menghina beliau dengan mengatakan "Boleh ke kau OKU jadi kontraktor?" dengan secara langsung menghina golongan OKU-OKU di seluruh negara secara amnya.

5. Pertemuan beliau dengan SPRM telah mengambil masa selama hampir 4 jam tersebut membuktikan bahawa kes ini ada premisnya dan akan disiasat dengan terperinci.

6. TS Khalid juga bakal dipanggil ke SPRM untuk memberikan keterangan.

7. Terbukti di sini bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang bersih dan berlaku penyelewangan yang boleh dibuktikan berbanding dengan dakwaan mereka terhadap UMNO tetapi tidak pernah membuat laporan sekalipun.

8. Tambahan pula, sikap TS Khalid yang menghina OKU juga dipandang serius kerana beliau yang menjadi Menteri Besar Selangor sepatutnya menjaga sensitiviti golongan OKU.

9. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara!


No comments: