Apr 17, 2013

#AkuJanjiBNSelangor : 7 Teras 56 Akujanji Bukti Kesungguhan BN Selangor



1. Telah dilancarkan pada malam ini Akujanji BN Selangor yang telah menggariskan 7 teras dan juga 56 Janji kepada penduduk Selangor.

2. Diingatkan bahawa ini adalah janji BN Selangor apabila dipilih oleh rakyat Selangor untuk memulihkan semula negeri ini setelah dirosakkan oleh Kerajaan PKR di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.

3. Berikut ialah Akujanji BN Selangor.



TERAS PERTAMA: Masa Depan Lebih Cerah.
  1. Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak.
  2. Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.
  3. Naiktaraf Taska KEMAS kepada PERMATA
  4. Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama
  5. Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang dinaikkan kerajaan pakatan pembangkang
  6. Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPR yang berdaftar dengan e-Kasih
  7. Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
  8. Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan pinggir bandar.
  9. Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan
  10. Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin
  11. Kupon pengangkutan ‘Sayangi Selangor’ percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak
TERAS KEDUA: Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang
  1. Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru
  2. Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar
  3. Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun
  4. Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
  5. Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri
  6. Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan
  7. Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar
  8. Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor
  9. Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor
  10. Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga
TERAS KETIGA: Kualiti Hidup yang Lebih Baik dan Selamat
  1. Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 15 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi, Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan), majlis Perbandaran Klang Utara.
  2. Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.
  3. Bandar dan komuniti selamat (Selangor Safe City) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020. Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana. Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah. Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
TERAS KEEMPAT: Perumahan Lebih Mampu Milik
  1. Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor
  2. Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
  3. 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
  4. Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
  5. Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
  6. Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR – perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri
  7. Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma
  8. Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB                                 
  9. Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda
  10. Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
  11. Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.
TERAS KELIMA: Pengukuhan Institut Pendidikan Asas Masyarakat
  1. Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor
  2. Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional
  3. Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama
  4. Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
  5. Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda
  6. Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian
  7. Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia.
  8. Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli
  9. Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor
  10. Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor.
  11. Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan. Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor. Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500. Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor.
TERAS KEENAM: Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing.
  1. Membangunkan Koridor Baharu ‘Selangor Global Logistic Hub’ di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor
  2. Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub
  3. Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri
  4. Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana – RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan
TERAS KETUJUH: Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih
  1. Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu
  2. Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar
  3. Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian





No comments: