Jan 2, 2013

#TolakPR : Setelah Hj Hadi, Nik Aziz Pula Kemaruk Populariti!


1. Apabila DSU Rais Yatim mengumumkan yang Hj Hadi boleh keluar ke kaca televisyen, Mursyidul Am PAS pula telah menyatakan hasrat beliau untuk turut muncul di siaran RTM kononnya untuk menjelaskan perjuangan parti assabiyyah itu.

2. Seperti dijangka, apabila peluang untuk muncul ke kaca televisyen diberikan, pelbagai pula permintaan-permintaan yang dituntut oleh Hj Hadi untuk membolehkan beliau keluar ke kaca televisyen. Seolah-olah seperti RTM yang benar-benar mahukan beliau untuk keluar ke kaca televisyen.



3. Sikap sebegini jelas menunjukkan bahawa Hj Hadi sebenarnya tidak ikhlas dalam menyatakan hasrat beliau untuk memberi penjelasan tentang Amanat 'Mungkar' beliau itu. Apabila RTM mencadangkan bahawa suatu bentuk forum hendaklah diadakan, beliau cepat-cepat mengatakan bahawa yang dibawa itu tidak sama taraf dengan beliau untuk berbicara tentang hal agama.

4. Adakah Hj Hadi selaku presiden sebuah parti politik sama tarafnya dengan individu yang diberikan tanggung jawab sebagai mufti? Di sini Hj Hadi telah melampaui batas dengan meletakkan individu yang ada pada tempatnya ke tahap yang lebih rendah.

5. Setelah ujian yang dijalankan ke atas 'tikus makmal' iaitu Hj Hadi berjaya, barulah Nik Aziz pula berani untuk menyuarakan hasrat beliau untuk turut keluar ke kaca televisyen. Dengan penguasaan media rasmi PAS, Harakah, yang bertanggung jawab menyampaikan propaganda assabiyah beliau, adakah ia tidak lagi dilihat sebagai medium yang efektif dan memaksa PAS untuk beralih kepada media lain pula.

6. Sudah tentunya selepas ini ramai lagi Ahli Majlis Tertinggi PAS seperti Mat Sabu pula ingin keluar ke kaca televisyen sekiranya trend ini berterusan. Nampaknya kecetekan pemikiran PAS dapat dilihat secara langsung oleh semu rakyat Malaysia selepas ini.

7. Apapun, salah satu tuntutan BERSIH tidak lagi releven kerana media perdana dan lebih-lebih lagi RTM telah menyediakan ruang untuk ahli politik pembangkang. Maka perlukah rakyat Malaysia kepada BERSIH lagi?

8. Sekiranya BERSIH ini masih diteruskan maka tambah satu lagi bukti langsung yang BERSIH bukanlah ikhlas untuk membela demokrasi sebaliknya bersifat politikal dan menjadi alat kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: