Jan 2, 2013

#RafiziLembu : Lebih Dalam @RafiziRamli Gali Lebih Pandir Beliau Jadi.



1. Rafizi Ramli telah membuat dua kenyataan media berhubung kes Deepak yang kononnya didalangi oleh DS Zahid Hamidi.

2. Apa yang menjadi persoalan kini adalah aturan permainan yang dibawa oleh Rafizi adalah kesinambungan daripada apa yang dimainkan oleh MalaysiaKini sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-6 pada 30 November yang lepas.


3. Perkaitan antara kes Deepak dan juga nama DS Zahid Hamidi mula muncul apabila MalaysiaKini melaporkan bahawa kononnya DS Zahid akan menjawab isu Deepak sewaktu sesi penggulungan beliau.

4. Namun, menjadi tanda tanya apabila DS Zahid langsung tidak menyentuh apa pun tentang Deepak dan dakwaannya tersebut.

5. Ini sekali lagi telah menimbulkan tanda tanya yang adakah benar-benar wartawan MalaysiaKini bertanyakan soalan tersebut semasa lawatan DS Zahid ke laman media memandangkan MalaysiKini tidak mendapat sebarang pas rasmi daripada Sekretariat Media UMNO.




6. Kerana tidak mendapat pas tersebut, MalaysiaKini telah beroperasi di tingkat 5 di atas lantai sambil menonton siaran langsung persidangan tersebut melalui televisyen sahaja.

7. Editor senior MalaysiaKini pula berkampung di luar PWTC di laman kafe dengan hanya sibuk menekan-nekan BB mereka.

7a. Sebenarnya, MalaysiaKini tidak peduli sedikit pun sama ada DS Zahid akan menyentuh kes Deepak atau tidak. Matlamat mereka tercapai apabila mereka dapat kaitkan nama DS Zahid dengan kes Deepak. Itu sahaja yang mereka mahukan.

8. Game Plan pihak pembangkang ini yang dikepalai oleh Rafizi Ramli semakin ketara apabila beliau muncul di sidang media menjadi 'anchor' membawa isu tersebut.


9. Pada sidang media pertama 29hb Disember (baca di sini) beliau mula mengaitkan tentang DS Zahid Hamidi dan keputusan yang kononnya diambil oleh beliau untuk membuat beberapa transaksi jutaan ringgit yang pada akhirnya sebahagian wang itu diserahkan kepada Deepak untuk menutup mulut beliau.

10. Urus niaga jual beli tersebut mungkin berlaku ataupun tidak kerana Rafizi gagal mengemukakan sebarang dokumen urus niaga tersebut. Tetapi atas dasar manakah yang hasil kononnya RM 30 juta itu akan disalurkan kepada Deepak. Hal ini gagal dijelaskan dengan baik oleh Rafizi.

11. Atas apa sekalipun, hasil RM 30 juta itu Rafizi boleh sahaja dakwa yang ia untuk membeli itu ini kerana beliau hanya bersandarkan kepada andaian beliau sahaja. Malang sekali pengarah strategik PKR ini tidak berfikiran strategik langsung.


12. Kemudian pada sidang media kedua 31 Disember 2012 (baca di sini) Rafizi mengalihkan pula isu urus niaga tersebut kepada kerugian yang bakal dihadapi oleh anggota tentera pula.

13. Nama Deepak hanya disebut dua kali sahaja dan kali ini andaian yang dibuat oleh Rafizi lebih samar lagi dengan mengatakan sekiranya DS Najib tidak saman Deepak, maka Deepak benar dan DS Najib yang bersalah.

14. Kenyataan yang tidak ubah seperti anak-anak kecil mencabar keberanian sesama sendiri.

15. Tindakan Rafizi ini telah lebih menampakkan strategi permainan isu Deepak ini dan ke mana hasil tujunya.

16. Tidak lain dan tidak bukan, Rafizi hendak dapatkan sokongan dan undi anggota tentera yang berkhidmat ataupun yang sudah bersara.

17. Tindakan beliau untuk melibatkan NGO pesara tentera seperti PAHLAWAN dan KERABAT jelas menunjukkan sasaran sebenar beliau. Di samping menghentam DS Najib dan DS Zahid, beliau cuba untuk mendapatkan antara kumpulan pengundi terbesar iaitu komuniti tentera.

18. Di dalam teori klasik kestabilan sesebuah negara, terdapat 3 golongan yang sesebuah kerajaan perlu jaga dengan baik untuk menjamin kestabilan politik negara tersebut. Salah satu daripadanya adalah pasukan tentera manakala yang lain adalah mahasiswa dan pekerja kolar biru (buruh). Teori moden pula telah memasukkan satu lagi kumpulan iaitu pengamal IT.

19. Gerakan terhadap kolar biru telah lama bermula dengan pembawaan isu barang naik, minyak naik, perbezaan pendapatan dan sebagainya tetapi telah digagalkan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai skim di bawah program 1 Malaysia seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan pelbagai lagi.

20. Gerakan terhadap mahasiswa pula jelas ketara dengan kenaikan populariti Adam Adli, Safwan Anang dan perkumpulannya SMM dan ini juga menemui jalan gagal apabila mahasiswa tidak mahu bersama mereka seperti yang ditunjukkan dengan keputusan Pilihanraya Kampus baru-baru ini pada mana 18 universiti gagal ditawan oleh Mahasiswa Pro-Pembangkang.

21. Opsyen yang ketiga adalah terhadap anggota tentera. Gerakan terhadap tentera ini bermula dengan serangan terhadap ahli politik tertinggi yang menguruskan pasukan anggota tentera ini, iaitu DS Zahid Hamidi. 
Tetapi untuk mengaitkan nama DS Zahid terhadap kes Deepak ini terlalu sukar, maka digunakan MalaysiaKini untuk melaporkan bahawa kononnya DS Zahid akan menjawab kes tersebut bagi pihak DS Najib sewaktu sesi penggulungan.

22. Gerakan seterusnya, tuan-tuan boleh baca apa yang saya tuliskan tadi.

23. Inilah strategi yang diatur oleh pengarah 'strategik' PKR yang pada hemat saya agak tidak 'strategik'. Rafizi mungkin terlupa yang tentera di negara kita ini tidak dikuasai oleh ahli politik seperti negara-negara lain. Di Malaysia Supreme Leader anggota tentera adalah Yang DiPertuan Agong.


24. Maka segala hal kebajikan tentera tidak boleh dikaitkan dengan menteri yang menguruskannya sahaja kerana apa jua tindakan menteri tersebut akan mendapat izin daripada YDPA terlebih dahulu. Sasaran untuk menjatuhkan DS Najib menerusi DS Zahid Hamidi tidak mungkin tercapai melainkan Rafizi hendak mengaitkan sekali YDPA.

25. Inilah yang saya katakan tadi mengapa strategi yang diatur oleh Rafizi ini mempunyai kelemahan yang tersangat besar apabila melibatkan DS Zahid Hamidi dan Kementerian Pertahanan. 

26. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: