Jan 16, 2013

#Listen : Ingat Apabila Nurul Izzah Buka Pintu Murtad Untuk Orang Melayu #SamanKami


"How can you ask me, or anyone…  How can anyone really say, Sorry, this only applies to non-Malays. It has to apply equally. That is the basis."


1. Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan tersebut pada satu forum bertempat di Full Gospel Tebernacle (FGT), sebuah gereja di USJ, Subang Jaya. Forum ini dianjurkan bersama oleh Oriental Hearts and Minds Society Institute (OHMSI) dan Islamic Renaissance Front pada 3 November 2012.

2. Dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, Nurul Izzah telah memberikan satu janji kepada orang Melayu bahawa mereka mempunyai hak untuk memilih agama. Kenyataan Nurul Izzah ini secara langsung telah melanggar Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 3, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Perkara 11 (4) larangan dakwah agama selain Islam Kepada Orang Islam dan Perkara 161 (1) Tafsiran Melayu yang salah satu daripada ciri-cirinya mestilah beragama Islam.

3. Ketiga-tiga perkara ini terlindung secara sendirinya dengan Perkara 4 (1) yang menyatakan bahawa apa-apa undang-undang yang digubal sekiranya berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

4. Malah Agama Islam di negara kita ini diangkat dengan sebegitu tinggi sehinggakan yang menjadi benteng terakhir dalam memelihara kedudukan agama Islam ini diamanahkan kepada Raja-raja dan Sultan-sultan negeri masing-masing ataupun kepada Yang Dipertuan Agong bagi pihak persekutuan dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan atau raja.

5. Maka, untuk Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tersebut, belia secara langsung telah menyelar Perlembagaan Persekutuan dan termasuk Raja-raja Melayu sekali. Nurul Izzah sepatutnya lebih bertanggung jawab dan bertindak untuk menarik semula kenyataan beliau. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah bertindak tegas dengan mengeluarkan kenyataan beliau yang membangkang kenyataan Nurul Izzah tersebut serta Baginda Sultan mengharapkan agar kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

6. Di medan pentas alam maya, satu inisiatif telah dimulakan oleh Team Media Selangor untuk memulakan kempen #SamanKami iaitu memaksa Nurul Izzah untuk menarik semula kenyataan beliau atau saman 'kami' yang merujuk kepada kumpulan bloggers Selangor. Kempen ini telah disambut hebat dan ramai pengamal media sosial menyambut kempen ini serta mengirimkan tweet kepada kempen #SamanKami.

7. Nurul Izzah dilihat telah menyambung perjuangan 'papa' beliau sendiri yang hendak menterjemahkan fahaman pluralisme dan liberalisme ke dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Agenda pluralisme yang menyatakan bahawa ajaran semua agama itu adalah betul mengancam akidah umat Islam Malaysia untuk berfikiran tidak mengapa untuk memilih agama atau tuhannya sendiri.

8. Murtad, iaitu memilih untuk keluar agama Islam di dalam pengamalan Islam diberikan hukuman yang amat berat iaitu hukuman bunuh sekiranya tidak bertaubat dan kembali ke jalan agama Islam. Pengajaran yang boleh diambil di sini adalah kesalahan untuk keluar dari agama ataupun menurut Nurul Izzah, bebas memilih agamanya sendiri ini adalah satu kesalahan yang amat besar. Adakah Nurul Izzah ingin mengatakan bahawa melanggar hukum Islam itu tidak mengapa atas dasar kebebasan ataupun hak asasi manusia?

9. Ramai masyrakat yang sedar akan kesalahan Nurul Izzah tersebut, namun begitu PAS yang merupakan sepertiga daripada pakatan pembangkang ini menganggap perkara ini kecil malah tidak perlu dibincangkan semasa Muktamar PAS baru-baru ini. Yang  menjadi agenda penting adalah untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

10. PAS yang sepatutnya menjadi sebuah parti yang bermatlamatkan Islam tidak lagi menjalankan fungsi mereka yang terdahulu. Mereka tidak lagi menjadi satu unit pembangkang yang 'periksa dan seimbang' kepada polisi kerajaan. Mereka menjadi satu unit pembangkang yang terlalu menggilakan kuasa sehingga sanggup menolak agenda Islam demi menuju ke Putrajaya. Seorang ahli PAS veteren di Muktamar baru-baru ini telah berkata, "PAS tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah SWT sebagai pembangkang di negara kita ini.  Kita (PAS) tidak lagi menasihati Kerajaan dalam soal agama Islam malah menyokong tindakan 'sahabat' sendiri yang bersifat anti-Islam. PAS semakin lupa akan asa penubuhan PAS asalkan dapat memerintah negara."

11. Rakyat kini semakin tidak percaya kepada Pakatan Pembangkang. Dengan keadaan PRU-13 semakin hampir, semakin banyak kesalahan-kesalahan parti pembangkang terdedah dengan sendirinya tanpa diusahakan oleh parti lawan. Umpama  perjuangan UMNO dan Barisan Nasional ini dipermudahkan.

No comments: