Dec 8, 2012

#StrategiJahatPR : Pembangkang Roboh Kuil Untuk Dapatkan Semula Sokongan Melayu #SamanKami






1. Pada hari ini bermula jam 10.00 pagi, masyarakat India dari seluruh negeri Selangor telah berkumpul untuk melakukan satu demonstrasi aman membantah tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak untuk merobohkan kuil dan tempat sembahyang penganut agama Hindu di dalam rumah mereka sendiri.

2. Demonstrasi Aman ini yang telah berkumpul di hadapan bangunan MBSA dan kemudiannya mereka berarak menuju ke Bangunan SUK Selangor dengan harapan untuk berjumpa dengan exco kerajaan negeri bagi menyerahkan memorandum mereka tersebut. (Gambar klik di sini)

3. Tetapi malangnya, seperti mana yang berlaku ke atas Ibu Tunggal 2 minggu sebelumnya, pintu pagar yang katanya untuk rakyat telah dikunci dan dirantai.

4. Persoalan yang timbul di sini adalah ke manakah hilangnya HINDRAF yang kononnya memperjuangkan hak untuk kaum India khasnya beragama Hindu?


5. Jelas di sini kelihatan bahawa HINDRAF tidak lain dan tidak bukan adalah jentera peribadi bagi Anwar Ibrahim bertujuan bukan untuk membela kaum India tetapi untuk kepentingan politik peribadi DS Anwar Ibrahim sahaja.

6. Masalah yang dihadapi oleh kaum India di Sepang puncanya adalah perbuatan anak perempuan DS Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

7. Kenyataan beliau yang mendorong orang Melayu untuk mula berani mempersoalkan hak pilihan agama mereka telah menyebabkan sokongan orang Melayu kepada Pembangkang khasnya PKR mula menurun.

8. Maka, aktiviti merobohkan kuil Hindu ini termasuk di dalam rumah-rumah persendirian diperhebatkan untuk menarik semula sokongan orang Melayu yang beragama Islam.

9. Helah politik sebegini seharusnya dibaca oleh rakyat dan dibuat peniliaian. Oleh kerana permainan politik DS Anwar Ibrahim dan anak-beranak beliau maka kaum minoriti menjadi mangsa.

10. Terbukti kini bahawa semua NGO-NGO yang kononnya menentang kerajaan dipandu daripada belakang oleh Pembangkang terutamanya DS Anwar Ibrahim.

11. Diramalkan bahawa selepas ini, Ketua Propaganda Pembangkang, Hishammuddin Rais akan merancang demonstrasi-demonstrasi jalanan yang akan bertopengkan NGO untuk menaikkan kemarahan rakyat kononnya kepada Kerajaan BN.

12. Demonstrasi jalanan akan berjalan dengan kecil-kecilan untuk membina momentum ke arah demonstrasi terbesar yang mereka akan lakukan pada 12 Januari 2013. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan untuk mendapatkan undi simpati daripada rakyat kepada pembangkang melalui NGO-NGO 'bebas' ini.

13. Hishamuddin Rais semestinya mahukan supaya keganasan berlaku kerana senang untuk beliau memainkan persepsi negatif terhadap pihak berkuasa dan kerajaan BN.

14. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.


No comments: