Dec 31, 2012

#StrategiJahatPR : MalaysiaKini Teruskan Provokasi Terhadap Kaum Minoriti!


1. Ini adalah satu lagi percubaan daripada MalaysiaKini untuk terus menaikkan kemarahan khalayak sesama sendiri.

2. Strategi yang MalaysiaKini gunakan merupakan buah fikiran daripada Anwar Ibrahim sendiri yang mengaturkan strategi untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan-kumpulan minoriti.



3. Dengan sengaja, MalaysiaKini telah meletakkan satu laporan yang tidak benar dan saya percaya Malaysian Gurdwaras Council tidak akan mengatakan bahawa mereka telah gunakan kalimah Allah semenjak zaman sebelum Islam lagi.

4. Ini adalah penipuan yang cuba dilakukan oleh MalaysiaKini untuk melaga-lagakan antara umat Islam dan penganut agama Sikh. Manakan tidaknya jikalau mengikut fakta yang sebenar, agama Sikh ditemui oleh Guru Nanak pada abad ke-15 manakala Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW pula pada abad ke-6.

5. Ini bermakna agama Islam telah muncul hampir 1000 tahun sebelum agama Sikh. Dan fakta ini harus diketahui oleh penganut agama Sikh dan mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini.

6. Jelas terpampang bahawa MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan yang mengelirukan dan bertujuan untuk meniup api kemarahan antara agama.

7. Perkara seperti ini tidak wajar berlaku dan MalaysiaKini harus bertanggung jawab sepenuhnya atas laporan ini.

8. Sekiranya kebencian berlaku antara umat Islam dan penganut Sikh, maka sumbernya adalah daripada MalaysiaKini.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara

No comments: