Dec 8, 2012

Rahsia Peranan Malaysia Membantu Negara Islam


1. Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

2. Semenjak daripada Rasullullah SAW mengeluarkan sabda tersebut, maka ramailah antara sahabat-sabahat baginda mencari dan mengembara keluar dari Tanah Arab untuk mencari siapakah yang akan datang membawa Panji-panji Hitam dari Timur itu.

3. Rasullullah juga bersabda bahawa yang akan membawa panji-panji hitam ini adalah dari kalangan pemuda Tamim. (Ta Mim = Tanah Melayu?)







1. Sebelum Obama bertolak ke Cambodia, intonasi beliau berhubung dengan kes serangan Israel terhadap Gaza adalah ke arah menyokong tindakan Israel menyerang Gaza adalah untuk mempertahankan negara mereka.

2. Tetapi, apabila beliau di Phnom Penh, intonasi beliau berubah. Beliau tidak lagi berkeras seperti mana kenyataan beliau di Thailand sebelum itu.

3. Kerana beliau telah berjumpa dengan seorang individu daripada negara kita, DS Najib Razak.

4. Dan kurang 24 jam daripada pertemuan DS Najib tempoh hari, genjatan senjata telah diumumkan di semenanjung Gaza.

5. Adakah itu satu kebetulan ataupun sememangnya perancangan DS Najib?

6. Perkara ini tidak mendapat liputan media untuk menjaga status negara kita yang berada di dalam keanggotaan NAM (Negara berkecuali), namun dikisahkan oleh DS Zahid Hamidi di dalam ucapan penggulungan beliau.

7. Bukan setakat itu sahaja, malah di bawah arahan DS Najib, Menteri Luar, DS Anifah Aman telah melobi 138 negara ahli PBB untuk mengundi supaya Palestin diiktiraf walaupun sebagai negara pemerhati bukan hli,

8. Ini adalah satu kejayaan yang besar kerana akhirnya, di mata dunia, Palestin adalah sebuah negara.

9. Malah pejuang-pejuang Islam di negara-negara lain turut dibantu oleh Malaysia di luar pengetahuan banyak pihak untuk menjaga perhubungan diplomatik dan juga keselamatan daam negeri sendiri.

10. Dalam satu pertemuan bersama tiga orang wakil HAMAS di Malaysia, mereka turut merasakan kerisauan dan kegusaran sekiranya tampuk pemerintahan negara kita berubah kepada Pakatan Pembangkang.

11. Presiden Palestine Cultural Organization Malaysia berkata, kemungkinan besar daripada apa yang dilihat tentang kelompok pembangkang ini, sumbangan dan bantuan kepada negara Islam yang lain khususnya Palestin akan terhenti dan dilupakan sahaja.

12. Kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong Israel juga merupakan indikator awal bagi negara kita tentang hala tuju diplomatik sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

13. Gunakan Hak Untuk berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: