Nov 22, 2012

Khalid Merobohkan Tokong Buddha Demi Meraih Sokongan Umat Islam Selepas Kenyataan Izzah #SamanKami



1. Kenyataan Nurul Izzah tetang Orang Melayu berhak memilih agamanya sendiri telah mengakibatkan ramai umat Islam bangkit dan marah.

2. Kemarahan ini tidak sahaja disalurkan kepada Nurul Izzah sahaja tetapi kepada parti yang beliau wakili, Parti Keadilan Rakyat.

3. Usaha untuk membaik pulih imej parti ini dipergiatkan semenjak daripada itu.

4. Ilmu Falasi Anwar Ibrahim digunakan untuk Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini dengan doa yang dibacakan oleh adik Nik Aziz yang meminta supaya UMNO dan Barisan Nasional ini dihancurkan dan ditimpakan bala bencana seperti Firaun.

5. Namun begitu, isu yang sebesar ini mana mungkin dapat dilupakan dengan begitu sahaja. Malah rakyat sendiri mengaitkan isu Nurul Izzah ini kepada isu doa tersebut.


6. Jika difikirkan doa yang dibacakan tersebut adalah untuk kemenangan peliwat, kemenangan liberal, pluralisma, orang yang mengizinkan LBGT diamalkan, mengizinkan Orang Melayu murtad, kemenangan kepada kafir harbi manakala pihak yang membangunkan institusi agama seperti Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, dan pelbagai lagi program Islamik diminta untuk diturunkan bencana dan mala petaka.

7. Dengan kerana itu, untuk memulihkan imej PKR, Khalid Ibrahim telah merobohkan sebuah tokong kecil dibawah jambatan Banting bertujua untuk memperlihatkan bahawa PKR ini menegakkan Islam dan menjadi pelindung buat agama Islam.

8. Dengan cara sedemikian, imej yang dirobek Nurul Izzah ini mana mungkin dapat dipulihkan kembali.

9. Rakyat tidak akan terpedaya dengan tipu helah PKR yang hendak berpura-pura menegakkan Islam kononnya.

10. Laporan tentang perobohan tokong ini boleh dibaca di blog Team Media Selangor.

11. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara.

No comments: