Sep 15, 2012

Lagi Bukti Dalang Kepada Rusuhan Terhadap Filem Menghina Nabi


1. Klip video di atas adalah temuramah antara CNN dan penasihat calon Presiden AS dari parti Republikan, Mitt Romney.

2. Jelas menunjukkan bahawa penasihat Romney mengkritik polisi asing Obama yang lemah sehinggakan terbunuhnya Duta AS, Chris Stevens.

3. Malah Romney juga telah mengkritik polisi asing Obama sebagai celaru dan juga amatur. (Baca di sini)



Demonstrasi di Sudan yang memusnahkan harta awam
4. Ketika ini, terdapat lebih daripada 20 negara di seluruh dunia mengadakan demonstrasi menentang filem "The Innocence of Muslims" yang dikatakan menghina Nabi.

5. Apa yang dilakukan oleh negara-negara ini adalah membuka ruang dan peluang untuk AS masuk dan campur tangan di dalam negara tersebut atas nama 'Demokrasi'.

Seorangan kanak-kanak tercedera akibat rusuhan di Mesir

6. Malahan, kerosakan harta-benda, kemusnahan, kecederaan yang dialami adalah semuanya di dalam negara itu sendiri!

7. AS tidak menerima apa-apa pun kerugian!

8. Inilah yang dimahukan oleh musuh Islam untuk menunjukkan bahawa Islam itu ganas, Islam itu membawa kerosakan.

9. Memang benar kita harus menentang apa yang dilakukan oleh pengusaha filem tersebut, tetapi apakah cara berdemonstran yang membawa kecelakaan pelbagai ini adalah cara yang sesuai?

10. Umat Islam harus memandang perkara ini secara matang dan berfikir sebelum melakukan perkara yang sememangnya dimahukan oleh musuh. Kita harus menjadi lebih bijak dalam menangani serangan musuh Islam yang bergerak secara halus dan sulit.

11. Kematian Duta AS bukanlah satu kejayaan bagi Islam dalam menyatakan kebenaran. Malahan, itu adalah kejayaan musuh Islam kerana berjaya memperlihatkan kepada dunia bahawa Islam itu ganas.

12. Usaha pelbagai pihak untuk memperbetulkan persepsi umum bahawa Islam itu aman, musnah dalam sekelip mata sahaja akibat peristiwa ini.

13. Dan lebih menyedihkan apabila rusuhan terhadap filem itu menjadi modal politik bagi pilihanraya Presiden AS.

13. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: