Dec 24, 2011

Pembohongan Terbesar PAS

1. Menubuhkan Negara Islam merupakan perjuangan sebuah Parti politik yang dinamakan PAS.

2. Tetapi baru-baru ini ditukar pula kepada Negara Berkebajikan.

3. Hujahnya kerana Al-Quran tidak pernah sebut penubuhan negara Islam.

4. Tidak kira untuk menubuhkan Negara Islam ataupun Negara Berkebajikan, yang pertama PAS perlu lakukan adalah dengan memegang kuasa ataupun senang kata menjadi kerajaan.

5. Kunci utama untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan di Malaysia terkandung di dalam perkara 43 perlembagaan persekutuan.

6. Secara ringkas tentang perkara 43 menyebut bahawa terlebih dahulu YDPA hendaklah melantik seorang Perdama Menteri yang pada hematnya mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat.

7. Inilah pembohongan terbesar PAS.

8. Bagaimana? Kita perlu teliti perkara 43 ini terlebih dahulu.

9. YDPA melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri pula mesti dari kalangan ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat itu pula mesti mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli dewan tersebut.

10. Ahli Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang ahli mewakili 222 ahli parlimen yang dipilih semasa Pilihanraya.

11. Yang dikatakan 'sebilangan besar' adalah jumlah yang lebih dari saingan. Dalam kes ini terdapat PAS bersaing dengan BN sahaja.

12. Maka kerusi yang PAS harus menang ialah 112 kerusi; iaitu 1 kerusi lebih dari separuh jumlah kerusi parlimen.

13. PAS tidak boleh mengharapkan sumbangan kerusi dari PKR dan juga DAP kerana matlamat ketiga-tiga parti berlainan.

14. Pakatan Rakyat yang dilaungkan juga tidak wujud. Sekadar buah mulut sahaja. PR menjanjikan draf perlembagaan akan dikeluarkn selewat-lewatnya Februari 2010. Tetapi sehingga kini tidak ada berita langsung.

15. Buktinya, bila satu kawasan bertanding, wakil UMNO vs wakil PAS. Wakil dari UMNO menggunakan logo dacing BN kerana wujud sepakatan antara UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Tetapi, adakah PAS menggunakan logo Pakatan Rakyat? Tentu tidak, kerana tidak wujud Pakatan Rakyat secara sah.

16. Suka atau tidak untuk mewujudkan sebuah negara Islam ataupun berkebajikan, PAS perlu menghantar sekurang-kurangnya 112 kerusi dan perlu menang SEMUA kerusi yang dipertandingkan tersebut.

17. Realitinya, adakah PAS berbuat sedemikian?

18. Jika dikaji, PAS TIDAK menghantar kerusi yang cukup. Pilihanraya Umum ke-12 menampakkan yang PAS cuma menghantar 67 kerusi sahaja untuk dipertandingkan.

19. Jika menang semua pun Negara Islam memang tidak akan menjadi kenyataan.

20. Jika dilihat sejarah sekalipun, sejak dahulu memang PAS tidak pernah hantar kerusi cukup untuk dipertandingkan.

21. Ini adalah pembohongan terbesar PAS yang hanya mahukan kerusi Parlimen untuk kepentingan diri tanpa mengira kepentingan rakyat mahupun Agama Islam itu sendiri.

22. PAS hanya menggunakan Agama Islam sebagai 'modal' untuk meraih keuntungan peribadi.

23. Jika dibandingkan dengan Barisan Nasional, ternyata BN lebih mementingkan rakyat kerana menghantar 222 calon untuk 222 kerusi parlimen.

24. UMNO ternyata mengetuai BN kerana menghantar 117 calon untuk dipertanding. Lebih daripada mana-mana parti komponen yang lain.

25. Daripada 67 kerusi yang dihantar oleh PAS, hanya 23 kerusi sahaja yang berjaya ditawan.

26. Jika dibandingkan dengan sahabat PR yang lain; DAP 29 kerusi, PKR 31 kerusi (pada 8hb Mac 2008, terkini cuma 25 sahaja); ternyata PAS yang paling kecil bilangannya.

27. Dilihat pada bilangan kerusi, ternyata 'Abang Besar' PR ialah DAP.

28. Buktinya, segala isu yang dibangkitkan oleh DAP tentang hal-hal sensitif masyarakat Malaysia, PAS terpaksa akur seperti lembu dicucuk hidung.

29. Isu kalimah Allah, bible dalam bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, bahasa Melayu, Tanah Rizab Melayu, lesen Arak dan Judi serta banyak lagi isu tidak dapat PAS pertahankan sama sekali.

30. Malahan hasil di Negeri Kedah dan Kelantan dirobek dengan rakus oleh DAP pun terpaksa dilihat sahaja.

31. Jentera PAS pula diperkudakan oleh DAP dengan semaksimum mungkin.

32. Jika diperhatikan, yang menjadi buruh untuk jentera DAP adalah penyokong PAS kerana mereka ini tidak perlu dibayar dan boleh dikerahkan ke mana-mana sahaja serta akan menurut segala kata pemimpin PAS.

33. Dikaji dengan lebih dalam lagi, jumlah kerusi bukan Melayu di dalam PR jauh lebih banyak daripada jumlah kerusi Melayu. Kuasa tidak terletak pada orang Melayu yang beragama Islam.

34. Saya sangat memohon terutamanya kepada golongan Mahasiswa untuk bangkit dan sedar apa yang berlaku sebenarnya dan jangan ditipu lagi. Sedar akan kenyataan yang berada dihadapan mata. Jangan terlalu taksub dan jumud sehingga perasaan benci terhadap kerajaan itu menguasai diri sehinggakan tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Islam tidak mengajar untuk manusia membenci antara satu sama lain.

35. Memang BN ada kelemahan sendiri tetapi setakat ini BN sahaja pilihan terbaik intuk mengekalkan keamanan, lemakmuran Agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

No comments: